PERNIAGAAN INI DI DAFTAR DI BAWAH SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

Dimiliki sepenuhnya oleh
MIRAH DELIMA ENTERPRISE
N0 PENDAFTARAN : IP0322510-T



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI...

Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillahi Rabbil`aalamin wabihi nastain walahaula walaa quwwata illa billahil `aliyyil adhzim wasolallahu ala khairi khalqihi sayyidina Muhammadin khaatimil`ambiai wal mursalin wasayyidil makhluukin wa`ala aalihi wasohbihi ajmain.

Saudara-sadaraku dengarkanlah ini....Allah SWT tidak menyuruh seseorang itu hanya semata-mata berserah diri (bertawakal). Allah SWT juga tidak menyuruh kita hanya berdoa sepanjang masa,kalau kita tidak tahu akan apa-apa maksud tujuan permohonan kita . Sebaliknya Allah SWT menyurah hambanya supaya berikhtiar,berusaha , bekerja dan berjuang dengan anggota zahir di samping di kita jaganlah lupa kepada Allah SWT Maha Pencipta.Kita disuruh supaya berdoa meminta bantuan memudahkan apa-apa pertongan dan merayu apakah masud yang kita pendamkan di dalam hati kita dengan tulus ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah SWT.Dengan keimanan dan keyakinan secara khusyuk dan tawaduk yang tiada berbelah bahagi iaitu dari lidah terus ke hati . Faham, ingat dan tahu apa-apa yang disebutkan dan dirayu itu. .. Pada masa itu doa tadi adalah pengaruh besar. Kita sedia maklum bahawa doa yang lahir dari jiwa yang suci adalah senjata yang paling ampuh sekali. lataran ianya menjadi suatu kuasa ghaib yang menjelma daripada pengaruh anggota batin yang besar ertinya kepada perjuangan hidup seseorang...Maka secara kesimpulannya, Doa dan azimat yang berlandaskan syarak itu meruapakan ikhtiar dari anggota batin yang masing-masing itu ada mempunyai rahsia yang paling sulit dan terdapat seribu satu macam HIKMAT YANG AJAIB SEKALI...

Dalam kepercayaan Islam mempercayai kuasa ada kepada benda benda sebagai mutlak(boleh memberi bekas) adalah SYIRIK(DOSA BESAR-KERANA MENYENGUTUKAN KUASA ALLAH YANG MUTLAQ) .Tetapi kepercayaan terjadinya sesuatu itu ada sebab musabbabnya diciptakan Allah berdasarkan apa yang telah ditentukan dalam `maklum mufassilNya`(ilmu Allah yang azali)tidak mengapa.Dan percaya bahawa tiap tiap sesuatu diciptakan Allah adalah untuk mempernyatakan kebesaran dan kekuasaanNya disamping untuk menjadi kegunaan atau mempunyai khasiat untuk hambaNya dan makhlukNya di dunia ini tapi dengan kehendak dan kuasa Allah s.w.t jualah hakikatnya berlaku sesuatu itu.Ulu tombak dan lembing yang lurus itu sudah cukup melambangkan pegangan tauhid seorang pendekar persilatan Melayu-Islam.Wallahua`alam.

sila call/sms
>>

0125411923
( no. ini boleh whatsApp jika saya online)


email
>>> mirahdelimaent@gmail.com



INSYAALLAH APABILA SAYA SUDAH PASTIKAN BAHAWA MAHAR SUDAH DI MASUKKAN KE DALAM AKAUN MAYBANK SAYA...KE ESOKKAN HARINYA SAYA AKAN POS (POS LAJU) BARANGAN YANG DIPESAN...(KECUALI PADA HARI CUTI UMUM DAN AHAD .URUSAN AKAN DI TUNDA PADA HARI BEKERJA YG BERIKUTNYA..INSYAALLAH)

( SEKIRANNYA BARANGAN YANG DI PESAN TIDAK DI HANTAR SEPATUTNYA... ANDA BOLEH BUAT ADUAN KEPADA PIHAK YANG BERKUASA- CUMA NYATAKAN NO .PENDAFTARAN SYARIKAT INI SAHAJA DAN BUKTI TRANSAKSI BANK..)

"KEJUJURAN ADALAH MATLAMAT SAYA DAN KEPERCAYAAN ANDA ADALAH HARAPAN SAYA.."


terima kaseh yang tidak terhingga kepada semua sahabat2( semenanjung,sabah,sarawak,brunei dan singapura) yg telah menebus barangan mistik daripada saya...keikhlasan dan kejujuran anda semua amat saya hargai..
semoga anda semua beroleh kebahagian di dunia dan akhirat...dan dipermudahkan segala urusan..insyaallah..

PERINGATAN KERAS !!!

SEMUA BARANGAN ANTIK DAN MISTIK (RARE) INI UNTUK TUJUAN KOLEKSI SAHAJA..SIMPAN ATAS DASAR HOBI SEMATA-MATA DAN ADA JUGA UNTUK TUJUAN PELABURAN KERANA BARANG2 INI MEMPUNYAI PASARAN HARGA YG TINGGI JIKA DI SIMPAN LEBIH LAMA DAN KUALITI YANG BAIK..

BARANG2 INI HARAM DI JADIKAN TANGKAL AZIMAT DAN BARANG2 INI TIADA APA2 KUASA PENYEMBUHAN/PENGASIHAN/KEKAYAAN/REZEKI..
MELAINKAN DENGAN KEHENDAK ALLAH SWT SAHAJA IANYA BERLAKU....
PIHAK SYARIKAT MENASIHATI PARA PEMBELI YANG BERAGAMA ISLAM SUPAYA MENJAUHI KERJA-KERJA KHURAFAT YANG SETERUSNYA MENJERUMUSKAN KITA KELEMBAH SYIRIK.NAUZUBILLAH..

MAYBANK

MAYBANK
NO. AKAUN MAYBANK : 158435009658 (MOHD SHAHARUDIN BIN ABDUL MALIK )

CIMB BANK

CIMB BANK
NO AKAUN CIMB BANK : 08240015229522( MOHD SHAHARUDIN BIN ABDUL MALIK)

POS LAJU

POS LAJU
SEMAK STATUS POS LAJU ANDA DISINI

SUDUT ILMIAH

video
" SALAM SAUDARA2 KU..SAYA SELAKU EDITOR BLOG INI MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA MELIHAT BEBERAPA BARANG KOLEKSI YG AMAT BERHARGA DAN AMAT SUKAR DI JUMPAI DAN KADANG KALA AMAT DI KAITKAN DENGAN DUNIA MISTIK DAN PARANORMAL "

" SEPERTI YG SEDIA MAKLUM SAYA MEMBUKA RUANGAN BLOG INI ADALAH SEMATA2 INI UNTUK MENCEBURI DIRI DI DALAM ARENA PERNIAGAAN BARANGAN ANTIK SERTA MISTIK YG AMAT SUKAR DITEMUI DEWASA INI KERANA IANYA MEMPUNYAI NILAI ESTITIKA YG AMAT TINGGI DAN MEMPUNYAI IKUTAN YG TERSENDIRI "

" CUMA SAYA MAHU INGATKAN AGAR KALIAN SEMUA TETAPKAN IMAN DAN INGATLAH SEGALA KEJADIAN DIMUKA BUMI INI ADALAH MILIK ALLAH SWT..ALLAH SWT MAHA PENCIPTA SEGALA KHAZANAH YG BERHARGA YG HARUS DI MANFAATKAN OLEH SEKALIAN MAKHLUK DI MUKA BUMI INI,BUKAN SAHAJA UNTUK MANUSIA TETAPI, GOLONGAN HAIWAN,TUMBUHAN MAHUPUN JIN ( MAKHLUK GHAIB).. KITA JIKA PERLU MENERIMA HAKIKAT YG KITA INI  BERKONGSI ALAM,ANTARA NYATA DAN GHAIB.."

" KESEMPATAN INI JUGA SAYA MENYERU KEPADA SAHABAT2 TERUTAMA BERAGAMA ISLAM AGAR MENETAP IMAN KITA SUPAYA KITA TIDAK MEMUJA, SEGALA BATU,GELIGA,BUNTAT, TASBIH ,BESI YG ADA ATAU SUDAH DITEBUS DARIPADA BLOG SAYA INI KERANA ITU BOLEH MENYEBAB KITA SYIRIK DAN KHURAFAT  KEPADA ALLAH SWT..- SEPATUTNYA KITA PERLU TAHU SEGALA KHASIAT DAN KELBIHAN SEPERTI  PENDINDING, KEREZKIAN,KEKEBALAN, PENWAR PENYAKIT KE ATAS  BATU,GELIGA,BUNTAT, TASBIH ,BESI HANYALAH MILIK ALLAH DAN ATAS IZIN ALLAH SWT TANPA RASA RAGU2 DAN WAS2...


Syirik ( pembahagian syirik )

Di sana terdapat beberapa pembahagian dalam syirik. Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi dalam pembahagian syirik ini marilah sama2 kita memahami apa makna syirik itu sendiri.. adakah syirik tu sejenis biskut yang sedap dimakan apabila di cicah dengan air kopi atau sejenis kuih yang lazat dimakan tanpa ada sebarang pencicah atau makanan tambahan? Syirik bolehla kita fahami denagan erti kata mudah iaitu menyamakan antara Allah sebagai pencipta dengan makhluk Allah iaitu yang dicipta samada menyamakan pada doa atau pada meminta rezeki atau yakin bahawa benda tersebut mampu membawa kemudharatan atau manfaat dan sebagainya.. ( dalam erti kata lain syirik ialah kita meletakkan Allah dan makhluk pada darjat yang sama ).

Pembahagian syirik
syirik ini terbahagi kepada dua peringkat atau dua bahagian yang utama iaitu syirik besar dan syirik kecil.. Adapun syirik yang besar ini adalah syirik yang mana pelakunya keluar dari agama islam itu sendiri.. manakala syirik kecil ini pula adalah segala syirik yang membawa kepada syirik besar tetapi tidak sampai kepada peringkat syirik besar tersebut.. Di sana terdapat perbezaan antara syirik besar dan kecil.. saya akan simpulkan tiga perbezaan antara kedua2 syirik ini..

Perbezaan syirik besar dan kecil
1) syirik besar
  • pelakunya keluar dari agama islam
  • tidak diampunkan dosa syiriknya
  • terbatal segala amalan yang dilakukannya
2) syirik kecil
  • pelakunya tidak keluar pada agama islam
  • diampunkan atau diazabkan atas dosanya ( di atas kehendak Allah )
  • tidak terbatal segala amalan tetapi hanya amalan yang berkaitan dengan syirik tersebut sahaja akan terbatal dan sia2
Setelah kita mengetahui perbezaan antara kedua2 syirik ini marilah sama2 kita mendalami setiap peringkat syirik ini dengan lebih mendalam supaya dalam kehidupan seharian kita, kita tidak akan termasuk dalam golongan mereka yang melakukan syirik ini baik syirik besar mahupun kecil..

Syirik Besar (الشرك الأكبر )
Termasuk di dalam kategori syirik ini ialah mereka2 yang menjadikan bersama Allah itu sesuatu yang lain dalam mengharapkan bantuan atau berdoa atau dalam mencintaiNya atau takut kepadanya atau bernazar dan dalam melakukan ibadah korban. Sebahagian ulama’ telah membahagikan kategori syirik ini kepada dua bahagian..
1) Syirik yang berkaitan dengan zat Allah, nama2Nya yang mulia dan segala sifat kesempurnaanNya seperti seseorang itu mengaku dan beri’tikad bahawa disana terdapat tuhan yang lain selain daripada Allah. Misalnya kaum yahudi dan nasrani yang mengatakan bahawa uzair dan isa itu adalah Allah dan anak Allah..

لقد كفر الذين قالوا إن الله هو المسيح عيسى ابن مريم

( telah kufur mereka yang mengatakan bahawa Allah itu adalah isa anak kepada maryam )
2) Syirik yang berkaitan dengan ibadat selain kepada Allah.. iaitu menunaikan ibadat dan mengikut syariat selain daripada syariat yang telah diturunkan oleh Allah. Dalam kategori ini saya akan memberi beberapa contoh yang mungkin banyak berlaku sekarang.
  • Syirik dalam melakukan ketaatan..seperti mana kita tahu bahawa orang yahudi dan nasrani telah menjadikan ketaatan mereka kepada pendeta2 dan rahib2 mereka dalam banyak aspek terutamanya dalam menghalalkan benda yang haram dan mengharamkan benda yang halal seperti halalnya khinzir dan arak serta sebagainya.. Kita juga telah mengetahui bahawa tidak ada yang lebih layak daripada Allah dalam mengharamkan dan menghalalkan sesuatu kerana itu adalah HAK Allah semata2.. Firman Allah :

اتخذوا أحبارهم ورهبانهم أربابا من دون الله

( maka mereka ( yahudi dan nasrani ) telah mengambil pendeta2 mereka serta rahib2 mereka sebagai tuhan selain daripada Allah )
  • Syirik pada mencintai Allah iaitu manusia telah menjadikan sesuatu makhluk yang lain lebih dicintainya daripada Allah. Dalam erti kata lain telah menyamakan cinta kepada Allah dan cinta kepada makhluk serta menyamakan dalam mengagungkan apa yang mereka cintai itu sendiri. Tidak dinafikan bahawa cinta itu adalah fitrah dan tabiat manusia. tetapi apa yang dimaksudkan disini ialah iaitu melakukan apa yang disuruh oleh seseorang yang dicintai itu selain Allah dalam perkara2 yang hanya layak diperintahkan oleh Allah. Misalnya seorang itu mencintai seseorang dan dia melakukan perkara yang telah dilarang oleh Allah kerana mengikut suruhan orang yang dicintai itu.

ومن الناس من يتخذ من دون الله أندادا يحبونهم كحب الله

( dan ada juga di kalangan manusia yang mana mereka mengambil selain daripada Allah untuk dijadikan sekutu2 mereka, mereka mencintai dan mentaati mereka seperti mereka mencintai Allah )
  • Syirik dalam memohon doa dan memohon hajat samada doa ketika beribadat atau ketika ada masalah.. Berdoa hanyalah kepada Allah dan tidak kepada selainNya. Zaman sekarang ini ramai diantara manusia yang memohon sesuatu daripada para wali yang telah meninggal dengan menziarahi kubur2 mereka dan memohon hajat atau meminta sesuatu. Perkara ini sangatla bertentangan dengan agama kita yang mana di dalam agama kita kita hanyalah boleh meminta sesuatu hajat kepada Allah. Firman Allah :

أفأمنتم أن يخسف بكم جانب البر أو يرسل عليكم حاصبا ثم لا تجدوا لكم وكيلا

( adakah kamu ( setelah diselamatkan ke darat ) berasa aman dan tidak memikirkan bahawa Allah akan menggempakan sebahagian  dari daratan itu dan menimbuskan kamu atau dia akan menghantar kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu kemudian kamu tidak mendapati seorang pun dapat menjadi pelindung kamu )
  • Syirik pada bernazar dan juga melakukan ibadah korban..iaitu melakukan nazar atau korban kepada kubur2 wali atau sebagainya jika sesuatu hajat telah ditunaikan.
Syirik kecil (الشرك الأصغر)
Termasuk dalam syirik ini ialah seperti riak, bersumpah selain dari Allah, menyamakan kehendak dan perbuatan Allah dan manusia dan sebagainya yang mana tidak mencapai syirik besar yang menyebabkan pelakunya keluar dari agama.
  • Riak
  • Bersumpah selain dari Allah
  • Menyamakan kehendak dan perbuatan Allah dengan makhluk

 DI PETIK DARI BLOG TERKENAL
Oleh: Hamzah amali

I. Pengertian
a. Khurafat
Khurâfat secara bahasa berarti takhayul, dongeng atau legenda
Sedangkan khurâfy adalah hal yang berkenaan dengan takhayul atau dongeng.
Dalam kamus munawir khurafat diartikan dengan: hal yang berkenaan dengan kepercayaan yang tidak masuk akal (batil)

Pengertian khurâfat dalam Islam
Khurâfat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam .

Berdasarkan pengertian di atas, khurâfat mencakup cerita dan perbuatan yang direka-reka dan bersifat dusta. Begitu juga dengan pemikiran yang direka-reka merupakan salah satu bentuk khurafat.

b. Takhayul
Secara bahasa, berasal dari kata khayal yang berarti: apa yang tergambar pada seseorang mengenai suatu hal baik dalam keadaan sadar atau sedang bermimpi.
Dari istilah takhayul tersebut ada dua hal yang termasuk dalam kategori talhayul, yaitu:
1. Kekuatan ingatan yang yang terbentuk berdasarkan gambar indrawi dengan segala jenisnya, (seperti: pandangan, pendengaran, pancaroba, penciuman) setelah hilangnya sesuatu yang dapat diindera tersebut dari panca indra kita.
2. Kekuatan ingatan lainnya yang disandarkan pada gambar idrawi, kemudian satu dari unsurnya menjadi sebuah gambar yang baru. Gambar baru tersebut bisa jadi satu hal yang benar-benar terjadi, atau hal yang diluar kebiasaan (kemustahilan). Seperti kisah seribu satu malam, Nyai Roro Kidul dan cerita-cerita khurafat lainnya.

Takhayul diartikan juga: percaya kepada sesuatu yang tidak benar (mustahil) . Jadi takhayul merupakan bagian dari khurâfat.
Takhayul menjadikan seorang menyembah kepada pohon, batu atau benda keramat lainnya, mereka beralasan menyembah batu, pohon, keris dan lain sebagainnya untuk mendekatkan diri kepada Allah (Taqarrub) atau karena benda-benda tersebut memiliki ke-digdaya-an (baca: kesaktian) yang mampu menolak suatu bencana atau mampu mendatangkan sebuah kemaslahatan. ini salah satu dampak takhayul. Jika demikian maka Tauhid Rubûbiyyah dan Tauhid Ibadah seorang hamba akan keropos dan hancur. Firman Allah;
ما نعبدهم إلا ليقربونا إلى الله زلفى (الزمر:3)
"Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya"... (QS. 39:3).

Takhayul juga merupakan senjata para ahli bid'ah dalam menguatkan argumennya dengan dalih bahwasanya ini adalah sesuai dengan syari'at yang disandarkan secara dusta kepada salafus shalih.

Di antara faktor-faktor yang mendorong terjadinya khurâfat ialah :
1. Mudah mempercayai benda-benda takhayul
2. Dangkalnya ilmu agama
3. Terpengaruh dengan kelebihan seseorang atau sesuatu benda

Penolakan Islam terhadap mental khurâfat
1. Kepercayaan dan amalan dalam Islam berdasarkan keyakinan bukan sangkaan (Dzan)
2. Tidak mengikut hawa nafsu dan emosi
3. Menolak taklid buta
4. Melarang kepada seorang muslim untuk menuruti pemimpin yang zalim
5. Menolak dakwaan tanpa bukti

Apakah khurâfat dan takhayul juga termasuk syirik?
Untuk menetapkan hukum tersebut terlebih dahulu kita perlu mendefinisikan makna tauhid dan makna syirik, sehingga kita dapat menghukumi apakah khurafat dan takhayul termasuk syirik atau bukan.

Makna Tauhid
Tauhid berasal dari kata وحد يوحد yang berarti mengesakan atau menganggap satu.
Dalam pengertian syar'i berarti mengesakan Allah Swt. dalam hal kekhususanNya sebagia Rububiyah Uluhiyah dan Asma' dan Sifat. Ketiga hal tersebut tertuang dalam firman Allah:
Tuhan (yang menguasai) langit dan bumi dan apa-apa yang ada di antara keduanya, maka sembahlah Dia dan berteguh hatilahdalam beribadat kepada-Nya. Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah) (QS. 19:65)

Secara garis besar Tauhid terbagi menjadi tiga, yaitu: Tauhid Rubûbiyah, Tauhid Ulûhiyyah dan Tauhid Asma wa Sifat.
1. Tauhid Rubûbiyyah; yaitu mengesakan Allah bahwa Dia adalah satu-satunya Pencipta, Penguasa dan Pengatur alam semesta ini. (al A'rof 54) (al Imran 179) (Yunus:31,32)
2. Tauhid Ulûhiyyah, atau disebut dengan tauhid Ibadah; yaitu mengesakan Allah dalam beribadah kepadaNya. (Luqman: 30)
3. Tuahid Asma wa Sifat; yaitu mengesakan nama-nama dan sifat-sifat Allah. Dalam hal ini mencakup dua hal: pertama menetapkan seluruh nama-nama dan sifat-sifat Allah, yang telah Dia tetapkan atas DzatNya pada al Qur'an dan Sunnah. Kedua adalah meniadakan penyerupaan baginya. Firman Allah "Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Meliha"t. (QS. 42:11)

Tauhid yang dibawa oleh para rasul mencakup beberapa hal, yaitu menetapkan ketuhanan Allah Swt. Yang Esa dengan bersaksi bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, tidak beribadah kecuali kepadaNya, tidak menyerahkan segala urusan kecuali padaNya, tidak ada perlindungan kecuali milikNya, tidak kembali kecuali kepadaNya, dan tidak beramal kecuali karenaNya dalam hal ini mencakup asma dan sifat yang telah ditetapkan Allah bagi DzatNya.
Dan Ilah kamu adalah Ilah Yang Maha Esa; Tidak ada Ilah melainkan Dia, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (QS. 2:163)
Jadi tauhid adalah mengesakan Allah dari segi Rubûbiyyah (bahwa Dia adalah pencipta alam semesta ini), Ulûhiyyah (bahwa Allah adalah satu-satunya sesembahan dan meminta pertolongan) dan Asma dan Sifat.
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan):"Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thagut,... (QS. 16:36)

Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun...(QS. 4:36)
Arti dari ayat diatas adalah: Allah menyerukan kepada hambanya untuk menyembahNya tanpa menjadikan sekutu baginya, bahwasanya Dia adalah pencipta dan pemberi rizki pemberi nikmat dan pemberi karunia karunia kepada seluruh hambaNya pada semua keadaan. Maka sudah pasti Dialah yang lebih berhak untuk diesakan dan tidak menjadikan bagiNya sekutu.

Bagaimana nasib bagi orang yang mensekutukan Allah? Dalam hal ini Allah berfirman:
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. (QS. 4:48)

Jadi syirik adalah menjadikan sekutu bagi Allah dalam hal ketuhananNya, atau menyembah selain Allah, dan menyerupakan sifat-sifat dan nama-nama Allah dengan yang lainnya. Atau mempercayai sesuatu diluar dari yang digariskan oleh Allah atas hambaNya.

Pada dasarnya, segala urusan dalam perkara Tauhid dan Ibadah harus mengikut al Qur’an dan Sunnah (al-It-tiba). Sementara perkara yang berkaitan dengan dunia berdasarkan rekaan kita (al-Ibtida’). Firman Allah:
Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agamamu. Maka barangsiapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa,sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. 5:3).
أنتم أعلم بأمور دنياكم
Rasulullah s.a.w. bersabda "Kalian lebih mengetahui dengan urusan dunia kalian”

Islam tidak membolehkan campurtangan manusia dalam hal urusan Ibadah, apalagi Tauhid. Sudah sepatutnya hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Sementara dalam urusan keduniaan atau muamalat ia terbuka untuk manusia berkreativitas kecuali dalam perkara yang telah ditetapkan seperti haramnya riba, arak dan hukuman-hukuman yang telah ditentukan Allah s.w.t

Dan Kami tidak mengutus seorang rasul sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya:"Bahwasanya tidak ada Tuhan(yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku". (QS. 21:25)

Penyembahan kepada Allah (ibadah) tidak boleh dilakukan kecuali dengan syari’at yang terkandung dalam kitab Allah dan Sunnah Rasulullah Saw. Jadi setiap ibadah yang tidak mengikut kedua sumber tersebut maka ibadahnya ditolak berdasarkan hadis Nabi Saw. yang berbunyi:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
"Barangsiapa yang mengada-adakan dalam (urusan) agama ini suatu pekerjaan yang tiada daripadanya, maka (yang diada-adakan itu) tertolak." (Hadis Bukhari, Muslim).

Sementara hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmidhi yaitu hadis Hasan lagi Sahih menyatakan:
عن العرباض بن سارية رضي الله عنه قالو: وعظنا رسول الله صلى الله عليه وسلم:... "إياكم ومحدثات الأمور فإن كل بدعة ضلالة" رواه أبو داود والترمذي وابن ماجه وابن حبان في صحيحه وقال الترمذي حديث حسن صحيح

"Dan jauhilah oleh kamu akan perkara-perkara bid'ah (yang baru diada-adakan), kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

Dari pengertian khurâfat, takhayul dan tauhid di atas kita bisa menyimpulkan bahwa: khurâfat dan takhayul adalah bagian dari syirik yang dilarang oleh Islam, karena khurâfat dan takhayul merusak kepercayaan dan peribadatan seorang hamba kepada Allah, Tuhan Yang Esa.
Bagi pelaku syirik hukumannya adalah: tidak akan mendapatkan ampunan dari Allah pada hari kiamat kelak.

II. Pengaruhnya pada bangunan masyarakat Islam
Seperti diketahui, sistem ibadah dalam Islam adalah sistem yang par excellen, satu dan lainnya saling melengkapi, sehingga menjadikan manusia sempurna untuk menjadi khalifah di muka bumi.
Ibadat yang betul dan sempurna seperti dikehendaki agama tidak memaksa orang menyisihkan diri dari masyarakat. Merubah hal ibadat dan apa yang ditentukan Allah dan RasulNya akan membawa kepada perpecahan ummat. Selanjutnya perpecahan akan menjadi penghalang untuk membangun ummat yang kokoh.

Peribadatan yang benar akan menjadikan umat pada satu kesatuan akidah dan amalan yang sempurna, menciptakan masyarakat yang bekerjasama, gotong royong dan terbinanya akhlak yang mulia.

Sedangkan khurâfat yang timbul dari prasangka, menuruti hawa nafsu, taklid buta dan berpegang pada kepercayaan tanpa bukti yang benar akan melahirkan masyarakat yang rapuh. Ummat mudah roboh karenanya.
Maka khurâfat dan takhayul semestinya harus dijauhi oleh pribadi setiap muslim.

III. Solusi Islam dalam mengembalikan ummat pada akidah shahihah
Untuk menanggulangi khurâfat dan takhayul yang terjadi pada masyarakat, perlu usaha setiap muslim mendalami ilmu agama. sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis nabi Saw.:
تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
" Aku telah tinggalkan kamu 2 perkara selama mana kamu berpegang teguh dengannya, tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan sunnahku"

Dengan pemahaman Islam yang benar insyâAllah akan terjaga dari pemikiran-pemikiran khurâfat yang menyimpang. Wawlahua'lam bisshowab.


MENGENALI JIN DAN HANTU..................

Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa hukm; Prof Dr Sir Norhisham Wahab, berkata hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang.

“Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda.

“Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema,” katanya yang menjalankan kajian dalam bidang itu selama sembilan tahun.

Katanya, apabila kajian sudah memahami bagaimana unsur hantu dan jin daripada sudut fizik, usaha terpenting iaitu membantu manusia menghindari gangguan jin dan makhluk ghaib dapat dilakukan menerusi penciptaan penawar dan kaedah pemulihan menggunakan teknologi.

Dr Norhisham berkata, berikutan jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan sehingga ke tahap kerohanian.

Malah, badan manusia yang memerangkap gelombang ‘tidak sihat’ mampu memberikan kesan terhadap ‘animasi kehidupan’ seseorang iaitu kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri sehingga membunuh diri.

Kesan pada sistem tubuh secara fizikal pula boleh merosakkan organ dalaman tetapi punca keracunan dalam darah atau sebarang bentuk aktiviti kuman tidak dapat dikesan kerana ia terselindung di sebalik gas beracun.

“Apabila keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan jin,” katanya yang mengusahakan kaedah rawatan menerusi syarikat Colour Vibration Therapy (CVT).

Beliau berkata, bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu.

Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu yang sudah meresap ke suatu bahagian; apabila hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih.

“Bagi saya gangguan hantu tidak berbahaya jika dapat dirawat pada peringkat awal. Amalan bacaan surah Yasin pula akan mengaktifkan reaksi kimia di dalam darah dan ini didapati memberi tekanan kepada hantu yang tidak dapat bertahan apabila peningkatan oksigen di dalam aliran darah sebagai tenaga murni dan suci, berlaku.

“Walaupun pada peringkat awal rasukan, tubuh pesakit seperti menjadi medan pertempuran untuk mengusir hantu yang menyelinap ke dalam ruang tubuh tersembunyi, namun akhirnya keadaan akan kembali seperti asal.

“Sebaiknya untuk merawat rasukan, hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan frekuensi doa yang ikhlas. Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang hantu serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa,” katanya.

Katanya, berbanding rasukan atau gangguan hantu, perkara lebih bahaya adalah sihir yang mampu menyebabkan kematian dengan izin Allah, isteri membenci suami secara tiba-tiba, gangguan terhadap kesihatan fizikal dan menyebabkan pasangan tidak mendapat anak.

Dalam kes pasangan tidak mendapat anak akibat sihir, beliau berkata, ruang dan masa pada rahim isteri sudah dikuasai jin yang akan memakan benih suami atau isteri. Pihaknya akan memasukkan gelombang berfrekuensi rendah yang bersamaan frekuensi ovum dan sperma, secara berterusan untuk menghalau gelombang jin daripada rahim isteri.

“Banyak kes rawatan yang saya jalankan menemui pelbagai benda asing pelik seperti habuk kayu, kala jengking dan permata terkeluar secara ghaib apabila gelombang dimasukkan ke dalam badan mangsa malah ketumbuhan yang terjadi pada organ juga ghaib apabila gelombang berfrekuensi rendah dirakamkan ke dalam air mandiannya,” katanya.

Usaha memancarkan gelombang bagi merawat gangguan makhluk halus juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti kita bayangkan, tidak perlu peralatan menyerupai senjata, mesin yang besar sebaliknya gelombang boleh diperangkap dalam medium seperti air dan unsur sesuai.

“Kami menciptakan alat radionik iaitu teknologi merakamkan 99 frekuensi gelombang berdasarkan 99 getaran tenaga atom di dalam sukros dan pesakit hanya perlu memakan pil itu secara berterusan untuk memancarkan gelombang ke dalam badan,” katanya.

Sesuatu yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika didedahkan kepada matahari adalah benar. Hantu adalah gelombang tidak seimbang manakala cahaya matahari berfungsi menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang tidak seimbang terdedah kepada matahari, ia akan musnah menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar.

“Besi pula mampu memerangkap gelombang buruk dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan elektrik untuk dicederakan dan disimpan dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar.

“Begitu juga amalan meletakkan gunting besi berhampiran mayat kerana besi mampu memerangkap atau menarik muatan elektrik bercas positif yang terhasil apabila seseorang itu meninggal dunia.

“Cermin pula mampu menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi yang mencemarkan. Keadaan ini akan menghindarkan hantu dan jin yang gemar menimbulkan perkara yang tidak diingini. Perkara seperti ini bukan kurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya,” katanya.

Suatu fakta ironi adalah kebanyakan manusia takutkan hantu walaupun hakikatnya, hantu juga takut berhadapan dengan manusia kerana penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung mengeluarkan atau menderma elektron untuk membentuk ion positif.

“Hantu juga terbentuk daripada ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka,” katanya.

FAKTA: Hantu dan jin

Daripada sudut sains, hantu atau jin alah kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida, frekuensi kurang satu Hertz dan wangian.

Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis.

Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya ‘pejal’ menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin.